Tuesday, July 6, 2010
- Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua
- Sitem bekalan terus
- Sistem bekalan tidak terus
- Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk kegunaan bilik air dan tandas
Sistem bekalan air tidak terus
A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan
TANGKI SIMPANAN AIR
- Kegunaan
- untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan - Bahagian dan fungsi
Bahagian | Fungsi | |
A | Kunci paip | mengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan |
B | Paip perkhidmatan | Membekalkan air ke dalam tangki simpanan |
C | Injap masuk | Mengawal kemasukan air ke dalam tangki |
D | Pelambong | Mengawal paras air dalam tangki |
E | Paip cuci | Mengeluarkan air semasa kerja mencuci |
F | Kunci paip | Membuka dan menutup paip cuci |
G | Paip Agihan | Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah |
H | Paip limpah | Mengeluarkan air sekiranya injap rosak |
I | Penutup tangki | Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran |
TANGKI SIMBAH
- Kegunaan
Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul
-
Bahagian dan fungsi
- Jenis tangki simbah
- Tangki simbah aras rendah
Dipasang satu meter dari lantai - Tangki simbah aras tinggi
Dipasang dua meter dari lantai
i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi - Tangki simbah aras rendah
Bahagian | Fungsi | |
A | Paip Limpah | Mengeluarkan air yang berlebihan |
B | Pelampung | Mengawal paras air dalam tangki |
C | Lengan Pelampung | memegang pelampung dan menghubungkannya dengan injap bebeola |
D | Tuib sifon | Menolak air dengan kuat ke dalam mangkuk tandas |
E | Paip alur keluar | Membawa air ke dalam mangkuk tandas |
F | Injap gegendang | Memulakan gerakan menolak air ke dalam mangkuk tandas |
G | Injap bebeola | Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah |
H | Paip alur masuk | memasukkan air ke dalam tangki simbah |
- Kegunaan
- Singki digunakan untuk menadah air semasa mencuci tangan dan peralatan
- Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
- Jenis Sinki dan Perangkap
- Perangkap 'P'
- Perangkap 'S'
- Perangkap botol
- Membersihkan perangkap
- Menggunakan pelocok
- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk - Membuka dan mencuci bahagian kedap
- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras
Sinki
Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki
I. Perangkap 'S' II. Perangkap 'P' III. Perangkap botol - Menggunakan pelocok
PILI PAIP
I. Pili berbibir II. Pili bertiang
- Kegunaan
- mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip - Jenis
- Pili bertiang
- mempunyai alur masuk menegak - Pili berbibir
- mempunyai alur masuk melintang
- Pili bertiang
- Bahagian
- Penyelenggaraan
- Menggantikan pelompat
- Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan walaupun pili telah ditutup
- Menukar kepala pili
- Kepala pili perlu digantikan apabila
- pili tidak dapat dikunci dengan ketat
- air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir
A = Pemulas B = gandar C = Nat Penyendal D = Nat Pili E = Pelompat F = Alur keluar G = Sesendal H = alur masuk |
BAHAN PENYAMBUNG
-
Pita PTFE
- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
- digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG -
Glu PVC
- adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
- glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan - Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC
JENIS PENYAMBUNG PAIP
Jenis penyambung | Paip BG | Paip PVC | Paip Poli | |
1 | Soket sama | ada | ada | ada |
2 | Soket pengecil | ada | ada | ada |
3 | Siku 90º | ada | ada | ada |
4 | T sama | ada | ada | ada |
5 | T pengecil | ada | ada | ada |
6 | Penyuai soket injap | ada | ada | ada |
7 | Penyuai soket PT | ada | ada | ada |
8 | Puting heksagon | ada | tiada | ada |
9 | Palam | ada | ada | tiada |
10 | Soket Penjodoh | ada | tiada | ada |
- Soket
- Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter
- Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz diameternya
- Siku 90º
- Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut 90º
- Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan saiz yang bersudut 90
- Sesiku T
- Digunakan untuk menambah sambungan paip
- Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza diameternya
- Puting Heksagon
- Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai PT
- Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip BG dengan paip PVC
- Soket
Penyuai Soket PT Penyuai soket injap - Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili
- Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan seperti paip PVC dengan paip BG
- Palam
- Digunakan untuk menutup hujung paip yang tidak digunakan
- Soket penjodoh
- Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah kedudukan penyambung yang lain
Soket sama | Soket pengecil |
|
Siku 90º sama | Siku 90º pengecil |
|
T sama | T pengecil |
|
A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam
JENIS PAIP
- Paip Besi Galvani
- Dibuat daripada besi galvani
- Ciri-cirinya
- Tahan lasak
- Tidak mudah patah
- Berat
- Tahan haba tinggi
- Boleh berkarat
- Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan
- Paip PVC
- Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
- Ciri-ciri
- Murah
- Ringan
- Tidak tahan panas
- Mudah patah dan pecah
- Dijual dalam dua gred ketebalan
- Paip Poli
- Paip getah tiruan hitam (HDPE)
- Ciri-ciri
- Tahan karat
- Tidak mudah patah
- Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
- Liat dan elastik
- boleh dilentur
Paip BG | Paip Poli | Paip PVC |
Monday, July 5, 2010
1. Perengkuh paip
* Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau membuka penyambung paip
2. Spanar boleh laras
* Kegunaan - untuk membuka kepala pili
3. Spanar hujung terbuka
* Kegunaan - untuk membuka kepala pili
4. Playar gabung
* kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil
5. Playar muncung tirus (halus)
* Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit
6. Kikir bulat (kikir ekor tikus)
* kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG
7. Kikir rata
* kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG
8. Pelocok
* kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki
9. Pita pengukur
* Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip
10.Gergaji besi
* Untuk memotong batang paip BG dan PVC
11.Pemotong paip beroda
* Kegunaan - untuk memotong batang paip BG
12. Pembenang / Pengulir luar
* Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG
13. Ragum paip yoke
* Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan memotong batang paip
14. Pemotong paip PVC
* Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli
15. Pelayar cengkam ragum
* Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh