- Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua
- Sitem bekalan terus
- Sistem bekalan tidak terus
- Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan air untuk kegunaan bilik air dan tandas

Sistem bekalan air tidak terus
A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan
TANGKI SIMPANAN AIR
- Kegunaan
- untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan - Bahagian dan fungsi
| Bahagian | Fungsi | |
| A | Kunci paip | mengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui paip perkhidmatan |
| B | Paip perkhidmatan | Membekalkan air ke dalam tangki simpanan |
| C | Injap masuk | Mengawal kemasukan air ke dalam tangki |
| D | Pelambong | Mengawal paras air dalam tangki |
| E | Paip cuci | Mengeluarkan air semasa kerja mencuci |
| F | Kunci paip | Membuka dan menutup paip cuci |
| G | Paip Agihan | Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah |
| H | Paip limpah | Mengeluarkan air sekiranya injap rosak |
| I | Penutup tangki | Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran |
TANGKI SIMBAH
- Kegunaan
Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul
-
Bahagian dan fungsi
- Jenis tangki simbah
- Tangki simbah aras rendah
Dipasang satu meter dari lantai - Tangki simbah aras tinggi
Dipasang dua meter dari lantai

i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi - Tangki simbah aras rendah
| Bahagian | Fungsi | |
| A | Paip Limpah | Mengeluarkan air yang berlebihan |
| B | Pelampung | Mengawal paras air dalam tangki |
| C | Lengan Pelampung | memegang pelampung dan menghubungkannya dengan injap bebeola |
| D | Tuib sifon | Menolak air dengan kuat ke dalam mangkuk tandas |
| E | Paip alur keluar | Membawa air ke dalam mangkuk tandas |
| F | Injap gegendang | Memulakan gerakan menolak air ke dalam mangkuk tandas |
| G | Injap bebeola | Mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah |
| H | Paip alur masuk | memasukkan air ke dalam tangki simbah |
No comments:
Post a Comment