ALATAN TANGAN KERJA PAIP
1. Perengkuh paip
* Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau membuka penyambung paip
2. Spanar boleh laras
* Kegunaan - untuk membuka kepala pili
3. Spanar hujung terbuka
* Kegunaan - untuk membuka kepala pili
4. Playar gabung
* kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil
5. Playar muncung tirus (halus)
* Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit
6. Kikir bulat (kikir ekor tikus)
* kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG
7. Kikir rata
* kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG
8. Pelocok
* kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki
9. Pita pengukur
* Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip
10.Gergaji besi
* Untuk memotong batang paip BG dan PVC
11.Pemotong paip beroda
* Kegunaan - untuk memotong batang paip BG
12. Pembenang / Pengulir luar
* Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG
13. Ragum paip yoke
* Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan memotong batang paip
14. Pemotong paip PVC
* Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli
15. Pelayar cengkam ragum
* Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh
No comments:
Post a Comment